019-9387669
About us
A Story about who we are
Syarikat Rosmie Snack Industry Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat perniagaan tunggal yang menghasilkan produk makanan snek ringan (keropok amplang). Rosmie Snack Industry juga merupakan pembekal pertama snek keropok amplang yang terletak di daerah Tawau Sabah, Malaysia. Perniagaan ini bermula sejak tahun 1985 yang ditubuhkan oleh pengasasnya, iaitu Puan Rosmie Binti Naridin, diusahakan bersama ahli keluarga sebagai Perniagaan Rosmie Bersaudara. Puan Rosmie Naridin, telah mengusahakan Perniagaan Rosmie Bersaudara ini selama 15 tahun sebelum beliau memberikan sepenuh tanggungjawab perniagaan kepada anak bongsu lelakinya, Encik Rozekin Bin Suratman untuk menjadi penyambung legasi perniagaan keluarga mereka. Encik Rozekin mula memegang sepenuhnya perniagaan keluarganya ini bermula pada tahun 2013 sehingga kini. Setelah syarikat ini berpindah kepada Encik Rozekin Bin Suratman, beliau telah menukar nama perniagaan Rosmie Bersaudara, menjadi sebuah syarikat tunggal yang dikenali sebagai Rosmie Snack Industry Sdn. Bhd.
Contact
Get in touch with me for more information or just to say hello. I’d love to hear from you.
TB 16943, 1.5 STOREY LIGHT INDUSTRIAL BUILDING, TAMAN UNIPARK, 91000 TAWAU SABAH.
019-9387669