top of page

Gambar Bertiga, seorang akan MATI !!!!


TIDAK BOLEH GAMBAR BERTIGA !

NANTI SATU AKAN MATI !


Larangan gambar bertiga ni, sudah menjadi santapan telinga yang paling biasa didengar . Kepercayaan orang dulu-dulu kata, bila kita bergambar bertiga, seorang daripada mereka akan mati. Saya sendiri pun pernah dimomokkan dengan kepercayaan ni. Tapi, memang saya tidak percaya lah. apa bukti dan rasionalnya bergambar bertiga, akan menyebabkan seorang akan mati? MELAINKAN, salah seorang tu, tikam atau tembak kawan sebelah dia . KAHKAHKAH.


Tapi, semakin tahun bertambah; peredaran zaman mungkin sedikit-sebanyak sudah membilas persepsi-persepsi orang dulu-dulu. Sebab, kenyataan ini sudah semakin tidak dipeduli oleh masyarakat.

PERSOALANNYA,

BETUL ATAU TIDAK !?

Kalau saya cakap yang kepercayaan ni BETUL, berapa ramai yang akan setuju? Sudah tentulah kepercayaan ini tidak boleh dan sepatutnya JANGAN DIPERCAYAI .

Sebenarnya, apa MOTIF orang dulu-dulu buat kepercayaan macam ni?


tidak boleh dinafikanlah. sebenarnya, orang dulu-dulu ni suka cipta pantang larang sendiri tujuannya untuk kebaikan diaorang time tu juga lah. Contohnya, gadis tidak boleh menyanyi dalam dapur ketika masak. nanti kahwin dengan orang tua. Sebenarnya, moral pantang larang tu supaya masakan kita tidak hangus. ya lah, kita ni bila sudah syok dengar lagu, menyanyi, then ada pergerakan sikitttt, HAH! semua benda boleh lupa. Sama jugaklah dengan larangan tidak boleh dudukkan bantal nanti punggung berbisul tu, sebenarnya mahu jaga adab sikitt. ya lah, bantal kan sebagai alas kepala kita untuk tidur. terlihat kurang sopan lah bila kita dudukkan bantal.


'' BETULKAH TAKPAYAH PERCAYA? KALAU KEPERCAAYAN NI TIDAK BETUL, KENAPA BETUL-BETUL JADI ? ''

Pernah dengar hadis ni?

Firman Allah di dalam hadith qudsi:

Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman:

“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku.

Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.

Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi).

Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.

Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).”

Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.


Allah SWT berfirman. Allah sesuai dengan prasangka hamba Nya. Jadi, sama juga lah macam sangkaan dan kepercayaan kita. sebenarnya, benda tu tidak betul. Tapi disebabkan mindset kita yang terlalu percaya, jadi bila Allah bagi ujian dengan menguji tahap kepercayaan kita, akhirnya yang tidak benar pun akan jadi benar disebabkan kefahaman dan kepercayaan kita yang salah arah.


Sebenarnya, kalau bergambar bertiga, bukan tiga-tiga mati, tapi semua akan mati. termasuk Photographer nya. cuma bezanya, BILA, DIMANA, & BAGAIMANA SAHAJA. itu semua atas ketentuan Allah SWT.



bottom of page