BOLEH MENYEBABKAN KANSER TUMOR !!!
Tips Kesihatan | by Ibu Cergas
BAHAYA PEWARNA MAKANAN TIRUAN
Terlalu banyak pewarna makanan tiruan dalam makanan kita sekarang. orang kata, 'hipster'. setuju? hm.
Bermula dengan Rainbows cake, and then Rainbow cookies, rainbow roti dan macam-macam lagi. Memang cantik bila tengok. tapi, bila tahu effect dia, perasaan seram tu sudah selevel dengan tengok cerita Conjuring di panggung wayang.
Sebelum muncul makanan 'Hipster' ni lagi , pewarna makanan memang sudah wujud di merata-rata tempat. Kalau diikutkan, sudah dari 50 tahun yang lalu lagi . Penggunaan pewarna makanan semakin meningkat sehingga mencecah 500% penggunaan ! Dan sudah tentu target pasaran ini akan merujuk atau lebih fokus pada kanak-kanak, which is generasi yang sangat kita perlu jaga mereka.
APA ITU PEWARNA MAKANAN ?
Tujuan pewarna makanan diletak adalah untuk menjadikan sesuatu makanan itu kelihatan lebih menarik. Adakah ia salah?
TIDAK SALAH .
Tetapi, yang menjadi salah disini adalah, apabila penggunaan warnanya yang berlebihan. terlalu banyak menggunakan poewarna tiruan. Sampai pening kepala tengok warna makanan . Paling parah, kebanyakan pewarna tiruan sekarang, dibuat daripada PETROLEUM !!
(boleh bayangkan anak kita makan petroleum?? )
Kalau diikutkan, boleh saja kita gunakan pewarna daripada bahan semulajadi sebagai contoh; biru daripada bunga telang (warna nasi kerabu)
Tapi sudah tentu proses nya besar dan modalnya sudah tentu memerlukan modal yang besar! sebab tu kebanyakan pengilang menggunakan pewarna tiruan kerana kos nya yang tidak terlalu mahal.
BETULKAH PEWARNA MAKANAN BOLEH MENYEBABKAN KANAK-KANAK MENJADI HYPERAKTIF ?
PERNAH pada tahun 1973, seorang doktor kanak-kanak menyatakan yang masalah pembelajaran dan hyperaktif adalah berpunca daripada pewarna tiruan dan pengawet tiruan yang terkandung dalam makanan. tak banyak bukti saintifik yang boleh mempertahankan keterangan doktor ini. tapi kebanyakan ibu bapa bersetuju dengan hujah beliau.
Kajian klinikal dilakukan sekali lagi, dan beberapa pengkaji mendapat keputusan bahawa ternyata pewarna tiruan memang memberi efek Hyperaktif kepada kanak-kanak.
BOLEH KAH PULA PEWARNA TIRUAN INI MENYEBABKAN KANAK-KANAK MENGHIDAP KANSER ?!
ISU PEWARNA MAKANAN INI MEMANG TERSANGATLAH KONTROVERSIAL.
Pada asalnya, memang lah pewarna tiruan ini tidak sehingga menyebabkan seseorang itu menghidap kanser. tapi disebabkan kandungannya yang mungkin tercemar, ia sangat membimbangkan sesetengah doktor yang melakukan kajian saintifik berkenaan pewarna tiruan ini. Kerana itu, banyak doktor menyarankan untuk mengelakkan penggunaan makanan tiruan dengan kerap bagi mengelakkan hal-hal tidak baik berlaku.
So, Kesimpulannya adalah lebih baik jika dielakkan berbanding sudah terkena baru mahu menyesal.
fftt