top of page

AKU STRESS ! AKU JUGA MAHU BAHAGIA !!


kerana sebuah kata bahagia itu, tidak cukup hanya pada sekadar sebuah bicara tanpa hati mampu merasakannya

Setiap manusia mahu bahagia. Dan definisi bahagia itu, tidak fokus pada satu-satu hal saja. cumanya, di setiap kebahagiaan itu, bermula dari satu 'cinta' yang bila kita sungguh-sungguh meletaknya di landasan yang benar, in shaa Allah takkan ada lagi bahagia yang salah alamat.


ya, cinta pada Tuhan yang mencipta .


because


ALLAH IS MORE THAN ENOUGH.


ini, kalau 'bahagia' secara seluruhnya. kalau mahu kecilkan skop nya antara manusia sama manusia, pun ada caranya.


Ada yang tanya:

''Kalau kita mahu mencipta bahagia sama manusia itu bagaimana?''

Haaa. ini TIPS bagaimana mahu raih Bahagia. Keywords untuk bahagia, adalah dengan MEMBERI . in other said, if kita mahu dapatkan sesuatu, kita kena memberi sesuatu terlebih dahulu.


sampai tidak ?


konsepnya samalah dengan misi dalam kita mencari bahagia. Jika kita mahu bahagia, kita kena bahagiakan orang terlebih dahulu. Jika kita mahu dihormati, kita kena hormat orang terlebih dahulu. Agree?


SO ! macam mana mahu bahagiakan orang, so that kita pun boleh bahagia?


tips nya, adalah dengan berikan mereka PS4 !!!!


Haa ? PS4 ?? salah taip kah?


hmmm... tidak. tidak adapun typo . serius. kena bagi PS4. mungkin ada yang tertanya.


'' untuk apa bagi PS4? memang kalau mahu tengok orang bahagia, kena bagi dia main game kah? kalau kita mahu bahagiakan 1000 orang, takkan mahu beli 1000 PS4 !? hujan duitkah yang turun dibumi ni? ''


haha. lekluu. PS4 yang dimaksudkan ni, bukan 'PS4' game tu.

ini PS4 :


P =

Prihatin


S4 =

Sentiasa sangka baik

Sentiasa hormat orang

Sentiasa beri kasih sayang

Sentiasa sedekah


hah, ini lah maksud PS4. Prihatin dengan orang sekeliling kita, sentiasa bersangka baik. macam Rasulullah SAW ajar kita, letakkan 70 sangka baik kalau kita start fikir negatif dengan someone. Lepastu, salinglah hormat each other. hormat privasi orang, pendapat orang. Dan, berkasih sayang lah antara satu sama lain. tapi si gadis dan si jaka, jangan TER-salah alamat 'kasih sayang' tu ya. Batas jangan lupa awok . Lastly, banyakkan bersedekah. Sedekah ni, bukan maksudnya kita kena keluar duit hari-hari. Sedekah ni banyak cara. boleh sedekah dari senyuman, boleh sedekah kudrat kita dengan bantu orang-orang yang perlukan tenaga kita, boleh sedekahkan idea, banyak cara ! jadi, jangan sempitkan.



Jadi,

BAHAGIAKAN LAH ORANG SEKELILING KITA.


semoga, dengan kita bahagiakan orang lain,

Allah akan kirimkan juga kebahagiaan untuk kita.



ALLAHUMMA AMEEN.










bottom of page