top of page

KILANG KEROPOK AMPLANG BIKMIE 'DISERBU' ANGGOTA POLIS


Kejadian ini berlaku pada petang semalam, bertarikh 6 Februari 2018, di Kilang proses Keropok Amplang Bikmie Kg Muhibbah Raya, Tawau Sabah.


Founder/pengasas kepada Keropok Amplang Bikmie, Encik Rozekin Suratman dilaporkan telah mendapat surat daripada pihak anggota polis, pada 5 Februari 2018 lalu. Difahamkan, surat itu bertujuan untuk memberi makluman awal berkenaan kedatangan VIP daripada PERKEP (Persatuan Keluarga Polis) Kuala Lumpur, iaitu Datin Sri Mastura di iringi anggota polis Bukit Aman, Tawau.


tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat sendiri bagaimana proses keropok amplang dibuat. Live video petang semalam, telah menimbulkan banyak persoalan daripada viewers yang melihat.

ada pihak yang dilanda kerisauan dan prihatin, tidak tertinggal juga mereka yang sudah menghidu 'sebab dan musabab' kedatangan anggota polis ini.

Datin Sri Mastura berkata, ini merupakan pertama kali beliau datang dan melihat sendiri pemprosesan Keropok Amplang.

Beliau sangat mengagumi perniagaan ini kerana mampu berdiri kukuh dan maju menjadi sebuah perniagaan yang boleh dibanggakan. Respon positif daripada pihak anggota polis berkenaan Keropok Amplang Bikmie, sangat memberi semangat dan nilai tambah kepada Syarikat Rosmie Snack Industry Sdn Bhd untuk menjadi Syarikat yang lebih maju dan mempunyai semangat daya saing yang hebat.




bottom of page