A GREAT LEADER IS A GREAT TRAINER
'' KERANA SEORANG PEMIMPIN ITU ADALAH PADA TINDAKAN. DAN BUKAN KEDUDUKAN ''
Inilah yang dilakukan oleh Encik Rozekin Suratman, Founder kepada Keropok Amplang Bikmie, Rosmie Snack Industry Sdn. bhd.
Seorang pemimpin yang berjaya, bukanlah seorang yang hanya duduk, memberi arahan dan menunggu keputusan. Tapi seorang pemimpin yang hebat, adalah pemimpin yang mampu membina lapisan 'pemimpin' baru dibelakangnya.
seorang pemimpin itu, adakalanya bisa menjadi Ketua, menjadi guru, pelatih, doktor, keluarga, peguam, motivator yang hebat, dan segala watak yang mampu memberi impak positif kepada pekerjanya.
PROGRAM COACHING BERSAMA 'ABANG AMPLANG' (FOUNDER) dan crew bahagian production yang berlangsung pada 10 Februari 2018 yang lalu, adalah bertujuan untuk menyatukan 'matlamat' syarikat agar setiap Team dalam organisasi ini, dapat memahami dan memiliki matlamat yang jelas, sehala, dan saling bersatu hati untuk memperjuangkan syarikat ini, agar matlamat syarikat dapat dicapai bersama.
Encik Rozekin Suratman faham, bahawa kekuatan dan kejayaan sebuah syarikat itu, bukanlah pada seberapa banyak 'keuntungan' yang dicapai, Tapi pada Kebahagiaan, keikhlasan, kesatuan, dan semangat tinggi yang lahir daripada setiap ahli-ahli dalam sebuah oranisasi. Meraih manfaat yang mampu dirasakan BERSAMA, dan bukan SENDIRI-SENDIRI SAHAJA.
--
Bagaimana untuk seorang pemimpin, mendidik dan melahirkan 'lapisan pemimpin' yang bertaraf WORLD CLASS yang sekaligus memberi impak positif kepada orang lain kerana;
'' sebaik-baik manusia, adalah mereka yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain ''
PERCAYA ?
80 SEHINGGA 85% KEGAGALAN DAN KEJAYAAN, TERHASIL DARIPADA 'STAFF/PEKERJA'
DAN,
100% KEGAGALAN DAN KEJAYAAN ITU, TERHASIL DARIPADA SEORANG 'LEADER/KETUA'
Kerana itu, perjalanan dalam membangunkan sebuah tamadun, peradaban, kota, dan syarikat memerlukan kuasa PENYATUAN dan SALING MELENGKAPI antara satu sama lain. Seorang pemimpin, memerlukan rakyat untuk membangunkan kota. dan, Rakyat juga memerlukan seorang pemimpin untuk memimpin rakyat jelata, agar sebuah kota itu mampu berdiri kukuh dan maju.
pesan Encik Rozekin;
'' Selagi kita masih berjuang diseperjalanan hidup, jangan pernah takut untuk berimpian. Jadilah seorang pemimpi yang melunaskan mimpinya menjadi nyata. Jangan takut untuk mencipta mimpi. Kita semua tahu, Mati itu pasti. tidak akan ada seorang pun yang terlepas daripada ajal maut. Namun, adakah ia membataskan kita untuk berimpian ? TIDAK. jangan takut untuk bermimpi. Apa akan jadi 5 tahun akan datang? 10 tahun akan datang? dan mungkin 100 hingga 150 tahun akan datang? Cipta lah seratus satu impian walau kita tahu 'kematian' itu pasti. Kerana, melalui impianlah, kita bisa mencipta MATLAMAT, VISI DAN MISI yang jelas dalam hidup. ''
MEREKA YANG GAGAL MERANCANG MASA DEPAN DAN KEHIDUPANNYA, ADALAH MEREKA YANG SEDANG MERANCANG MASA DEPAN DAN KEHIDUPANNYA UNTUK GAGAL.