TERIMA KASIH. SANGAT TIDAK MENYANGKA !
INI KENYATAAN SEORANG GADIS BELASAN TAHUN, SETELAH BEGITU LAMA MENANGIS.
Gadis ini berkata :
'' Terima kasih . sangat tidak menyangka! yang setiap apa yang bos sampaikan dalam sesi coaching, sangat membantu saya dalam membina diri saya untuk berusaha lebih Maju. Alhamdulillah, sangat bersyukur dapat hadir dalam program Coaching bersama Bos ni. ''
Program Coaching Bersama Abang Amplang yang berlangsung pada 10 februari 2018 baru-baru ini, melibatkan ahli-ahli Rosmie Snack Industry bahagian Production. Kesungguhan mereka dan kegigihan mereka menghadirkan diri di program ini, sangat memberi kesan positif kepada Founder Keropok Amplang Bikmie, Encik Rozekin.
Program Coaching ini diadakan adalah bertujuan untuk saling memahami lebih mendalam dan mengatur langkah agar setiap organisasi mampu berjalan pada hala yang sama untuk mencapai matlamat syarikat.
Encik Rozekin percaya, bahawa matlamat syarikat pasti mampu dicapai jika setiap organisasi didalamnya bersatu hati, memahami dengan jelas matlamat syarikat, dan saling berkerjasama antara satu sama lain.
Kerana itu, sesi Coaching seperti ini perlu diadakan bagi saling 'mencuci' dan 'membentuk' semula setiap hal yang terlepas pandang sama ada hal berkaitan syarikat, mahupun individu itu sendiri.