KENAPA PERLU 'FOKUS' MENJATUHKAN YANG LAIN UNTUK BERJAYA ?
'' Aku mahu maju. Jadi, aku mesti cari cara macam mana mahu jatuhkan orang lain.''
Fikiran seperti ini, kalau kita buat, bukan saja orang takut mahu berkawan dengan kita, malah kita akan lebih banyak MUSUH daripada KAWAN . Why we have to choose 'cara' kasar, kalau kita ada pilihan untuk SALING MENANG ?
BAGAIMANA UNTUK SEMUA ORANG RASA 'MENANG' TANPA PERLU MELAKUKAN SESUATU YANG HANYA MENYAKITKAN PERASAAN ?
orang yang selalu mengasihi orang lain, adalah orang yang berjaya dan tenang hatinya. orang yang bahagia melihat kejayaan orang lain, ialah orang-orang yang memiliki nilai Syukur yang tinggi dalam dirinya.
tapi, macam mana mahu ada perasaan agar
SEMUA SALING MENANG ?
orang yang memiliki sifat mahu menang bersama-sama ni, setiap hari dia bangun, minda dan hati dia penuh dengan perkara positif untuk memberi.
''siapa yang aku mahu bantu hari ini?''
''siapa aku mahu puji hari ini?''
''dengan siapa aku mahu senyum hari ni, supaya senyuman yang aku bagi, boleh buat dia senyum sekali?''
INI ADALAH FIKIRAN-FIKIRAN MEREKA YANG BERJAYA MEMBUANG PERSEPSI BURUK DAN NILAI BURUK YANG MENJADI VIRUS DALAM DIRI .
ada satu hadith Rasulullah SAW ;
'' Man la yarham, La yurham ''
yang bermaksud :
Jika engkau tidak mengasihi, maka engkau tidak akan dikasihi.
HIDUP INI PILIHAN.
SAMA ADA KITA MAHU CUMA DIRI KITA SAHAJA YANG MENDAPAT MANFAATNYA, ATAU KITA MAHU SEMUA INSAN MERASAI MANFAATNYA BERSAMA .
PILIHLAH.