top of page

'' Beb, pernah dengar orang kata, kalau mahu tengok dunia, perhatikan dengan mata burung &#3


Pernah dengar ? orang kata, kalau mahu tengok dunia, tengok dengan mata burung ? hmm. maksudnya? Tidak fahamlah. kenapa perlu tengok dunia guna mata burung. jadi? Mata kita fungsi dia apa? bukan untuk tengok dunia juga kah?


Hah, this is what ppl called :

'' UNDERSTAND THE MEANING BEYOND THE WORDS ''

Maksudnya, kena faham betul-betul. ada sebab kenapa kita perlu tengok dunia ini, guna mata burung . Apa special dia? sini aku bagi tahu.


burung ni, Allah beri sayap, beb. Sayap untuk menjelajah seluruh penjuru bumi Tuhan. Hidup burung, ibarat kais pagi makan pagi. Kais petang, makan petang. Burung tidak pernah tahu akan adakah rezeki untuk dia pada esok pagi. Macam juga kita. Tidak tahu, esok pagi bakal ada kah rezeki untuk kita atau tidak ada. Bahkan, kita tidak pasti hayat kita. Tapi, burung tidak kenal erti putus asa. Tidak sekalipun kenal putus asa. Sekalipun tidak tahu rezeki di mana, ada atau tiada, burung tetap bangun awal pagi, cari rezeki. Takpulang sampailah petang. Demi anak-anak dia. Kadang tu, ibu burung tak makan pun. Satu ekor cacing, atau dua ekor cacing, ataupun lebih, dia tidak telan langsung. Dia bawa dari jauh beribu batu terbang, hanya untuk anak dia. Sebab, burung ini, Dia yakin. Tuhan itu memiliki segala rezeki. Miliknya segala isi bumi.


Sedangkan burung pun, yang Allah tak bagi rasa macam mana perasaan bila dapat pengiktirafan sijil diploma, degree tu, mampu bertahan dan yakin dengan rezeki Tuhan, inikan lagi kita? Seindah-indah ciptaan, yang Allah bagi special ! Allah bagi rasa pengiktirafan, Allah bagi kita rasa bagaimana dihargai, Allah bagi kewarasan akal untuk berpikir.

PERCAYA ?


Percaya? 70% president daripada Amerika, memiliki keputusan akademik yang teruk! Dan lebih 50 % jutawan di Malaysia tidak memiliki pencapaian akademik sehingga peringkat Universiti.

Ini FAKTA. Bukan AUTA.


Disini, bukan saya mahu kata yang pelajaran Akademik itu tidak penting atau tidak perlulah kita belajar bersungguh-sungguh.


BUKAN.

Disini, saya mahu tunjuk yang sesiapapun boleh berdiri dan berjaya selagi kita memiliki BAKAT. Tapi, sekadar memiliki BAKAT sahaja, tidak cukup.


Ia perlu disertakan dengan semangat untuk terus pelajari bakat kita, latih bakat kita, sampai betul-betul berkilat.


Ilmu bukan hanya pada segulung kertas yang dipanggil diploma, ijazah, master, PHD. Ilmu itu ada dimana-mana. Kita bekerja pun, kita sedang menerima ilmu sebenarnya.


Carilah ilmu walaupun mungkin akademik kita tidak setinggi mana. Buktikan, yang Diploma, sarjana, master, PHD bukanlah satu-satunya cara untuk berjaya.


Kita tidak ada sijil ini pun, kita boleh berjaya. Asalkan, kita rajin cari ilmu, rajin berlatih, punya semangat tinggi dan selalu bersungguh dan bersyukur. In shaa Allah.


Kalau president yang ada akademik buruk boleh dapat gelaran president, Jutawan yang xsambung study boleh jadi jutawan,

TIDAK MUSTAHIL kita pun boleh. Kan ?


HIDUP INI PILIHAN.

MAKA , PILIHLAH YANG PALING TERBAIK .

bottom of page